aku, si pokok tua...

Kadang-kadang, dalam usaha untuk menjadi yang paling terbaik, rupa-rupanya secara tak sedar, sesuatu yang paling terburuk itu bakal timbul atau wujud. Mengharapkan yang paling terindah untuk terjadi, tapi rupa-rupanya berakhir dengan sesuatu yang paling ngeri untuk dikenangkan.

Kata orang, panas yang diharapkan hingga ke petang, akhirnya berakhir dengan hujan yang turun di tengahari. Janganlah sesekali mengharap dan menyimpan angan-anganan yang sebenarnya bukan sesuatu yang pasti kan terjadi suatu hari nanti…

******************************************

Aku teringin nak marah-marah. Aku teringin nak memaki-hamun. Aku teringin nak buat sesuatu yang menyakitkan. Semuanya sebab aku dah macam tak tahan menanggung apa yang aku kene tanggung sekarang ni.

Hari ni, semalam, kelmarin, minggu lepas, bulan lepas, beberapa bulan yang lalu, kesengalan hidup aku memang di tahap yang aku rasa yang paling sialll sekali! Biar aku cite apa yang aku rasa k…

Aku rasa diri aku ni macam tunggul kayu yang dah tua… dah reput… dah berlubang-lubang pada batangnya kerana dimakan anai-anai… kalau ada dahan pun, daunnya dah tak banyak dan tentunya dah kekuningan… aku bukannya boleh dijadikan pohon untuk menumpang teduh lagi… aku juga bukannya boleh dijadikan hiasan pelengkap pada sebuah lanskap yang indah… malah aku tak sesuai lagi untuk ditatap saban hari… oleh kerana daunnya dah tak banyak, dan dahannya dah semakin mereput, serta batangnya dah semakin membusuk, maka aku selayaknya ditebang sahaja… kemudian, dibelah-belah… kemudian, dibakar… adanya aku, hanya menyemakkan tanah yang ada… dan adanya aku juga, hanya mengganggu seseorang untuk melihat pemandangan indah nun di bukit sana.

Aku, si pokok tua yang merindukan sesusuk tubuh yang pernah berteduh dan bersenda-gurau di bawah dahanku. Aku, si pokok tua yang merelakan batang tubuhnya diukirkan dengan kata-kata rindu dan sayang. Dan aku, si pokok tua yang tumbuhnya kini tiada berbaja kasih… menunggu masa tunduk menyembah bumi.

Tadi, aku rasa macam ala-ala nak mencarut bagai, tapi, ntahla… tak reti pulak! Hahahahaha.. bangang tak aku? Gasaklah aku nak tulis apa pun kan? Hmmm… yang pasti, jiwa aku bukan seperti itu. Aku bukan si pemarah yang suka mencarut, suka memaki hamun dan suka naik tangan kaki bagai… aku tetap sang pencinta. Sang pencinta apa? Ahh.. biarlah aku yang menyimpan rahsianya.

*menyayangimu lebih dari yang kau tahu...
0 Responses