label...
Aku rasa aku nak tulis sesuatu di sini, tapi, tak taulah… patut ke aku tulis? Hahahaha… macam ala-ala emosi tak stabil gitu…

Hmm… aku rasa, aku takde mencabul kehormatan sesapa… tapi, nampaknya aku macam dilabel dengan kategori “pencabul berbahaya” pulak. Rasanya, aku takde la pulak memangsakan sesapa… (ke ada?).

Seingat aku, bukanlah mudah sangat tangan aku ni nak menyentuh mana-mana bahagian pada badan seseorang perempuan, samada dewasa mahupun kanak-kanak. Mungkin aku kelihatan ‘gatal’, ‘miang’, ‘nakal’, ‘setan’, tapi, yang sebenarnya, aku sendiri tak suka nak gatal-gatal tangan untuk merayap di mana-mana bahagian badan seseorang. Sememangnya bukan aku!

Ye, aku tak boleh nak tahan sesapa pun nak menghakimi aku, tapi, rasanya tak adil menjatuhkan hukuman atas dasar “rasa-rasa”, “sangka-sangka”, “agak-agak”. Kalau betul aku ni terlalu obsess dengan perkataan “seks”, ye, aku boleh terima dengan senang hati bila dilabel sebagai “pencabul” ke, “perogol” ke, dan entahapaapalagi label yang berkaitan dengannya.

Apakah hanya kerana aku sukakan seorang wanita/ perempuan/ gadis, maka aku turut memegang label si gatal perempuan sedunia? Ahakss… sadis sekali kalau ada yang berfikiran gitu! Apakah hanya kerana kecenderungan aku pada kecantikan seseorang wanita/ perempuan/ gadis, maka aku turut juga memegang label si perosak perempuan sedunia? Ahakss… sadis juga.

Hidup seorang “aku”, bukanlah semata-mata untuk memenuhi selera seks kepada seseorang wanita. Seks bukanlah sesuatu yang mendapat tempat pertama di carta keperluan seorang “aku”. Tapi, ada ke sesapa nak percaya kenyataan aku ni? Hahahaha… teramat sedikit! Seolah-olahnya telah ditutup mata, ditulikan telinga daripada mengambil tahu.

Ye, aku memandang seorang wanita/ perempuan/ gadis sebagai seorang yang aku ingin jadikan teman hidup. Helloo!! “Teman hidup” ye.. bukan teman untuk melampiaskan nafsu seks bagai! Memang aku akui naluri ini bukanlah sepertimana fitrah yang telah tersurat untuk seorang seperti aku. Tapi, aku lebih selesa bila bersama seorang wanita. Dan aku jadi kekok bila bersama seseorang yang berlainan jenis. Mungkin hari ini, aku berdiri yakin dengan pendirian ini, tapi, tentunya aku tak tahu apa nasib aku esok hari… kalau dah tuhan nak ubahnya, aku terpaksa terima…

Cumanya, tak dapat dinafikan, aku sememangnya kecewa bila ada insan-insan yang begitu senang mengkategorikan sesame manusia. Come on la… jangan hanya fikir hidup ini berkaitan dengan seks. Jangan hanya fikir orang seperti aku, takde lain dalam fikirannya, hanyalah >> cemana nak ‘main’ dengan budak tu ekk?. Jangan terlalu mudah memandang sesuatu, lalu membuat penggredan sendiri. Adil sangat ke kita? Hebat sangat ke kita? Tahu sangat ke kita dengan apa yang dilalui oleh orang tu? Andai semua soalan tu tak berjawab, maka jangan persoalkan sesuatu yang bukan tahap kita untuk mempersoalkannya.

Sebelum dihukum, biarlah dibicarakan dahulu. Sebelum dibicara, biarlah jelas pertuduhannya. Sebelum dituduh, biarlah sahih saksinya. Dan akhirnya, biarlah si penghukum adalah yang seadil-adil penghukum…!

Aku sedar, ayat-ayat aku ni bakal mengundang rasa tidak puas hati pada sesiapa. Tapi, aku pun ada hak untuk menyatakan rasa kecewa aku atas apa yang aku rasakan selama ni. Jadi, biarlah kita sama-sama meluahkan rasa yang terbuku, tapi, biarlah dengan niat untuk berkongsi… bukan dengan niat untuk mencari pemenang.

Dan aku akan selalu menyedarkan diri aku sendiri…

Ye, aku tahu siapa aku…
6 Responses
  1. Anonymous Says:

    yepss...bagusla kalau kau fikir mcm tu.Yg nyata DIA maha tahu.


  2. zaffey Says:

    anonymous:
    terima kasih...

    *saya dah lama rindukan komen daripada kamu...*


  3. Anonymous Says:

    Dude...

    Jika org kata dan hukum kita tanpa beri kita hak bersuara menyatakan siapa kita tak bermakna dia kaya dgn apa yg terluah dan tak bermakna kita miskin dek kerana kata nista.

    Org yg kaya di kalangan manusia adalah org yg tau tersenyum bila saat hatinya mennagis, tahu ketawa di kala jiwanya meronta, tahu bersabar di waktu hidupnya tercabar dan tahu bertenang di masa dirinya digoncang derita

    ps: aku rasa aku lebih tahu apa yg ko rasa...



  4. yup sokong...benda tu bukan lah perkara utama yg kita cari...teman hidup yg kita cari...dimana bila kita buka mata..dia ada di sebelah kita..sebelum tido dia ada di sisi kita..itu ajer....seks cuma bonus dalam sesebuah hubungan....aku sokong ko!!!!!


  5. Anonymous Says:

    orang yg pandang serong pada orang mcm kita ni patut analisis betul2 , betul ke apa yg dia 'rasa' n 'agak' tu..jgn main tuduh2 tanpa ada bukti kukuh.n jangan cepat percaya pd kata2 manusia ni tanpe selidik kebenaran disebaliknye.aku memang hangin dgn orang yg suka suki tuduh kita ni amik kesempatan pd dorang.wpun kita ni miang ke gatal ke..kita pon ada taste la kan..tak semestinya miang atau gatal tu kita akan raba sana raba sini.
    dude...aku akan menyokongmu setiap masa dah ketika.kerana aku tau kau mcm mana orangnya.