salam... selamat... sebak... sengal...

Salam takziah untuk seorang sahabat yang aku panggil “kak eton” atas kembalinya ke rahmatullah, ibu yang selama ini amat dikasihi dan disanjungi, pada suatu dinihari di kala seluruh umat islam sedang melalui hari tashrik yang terakhir. Doaku, moga rohnya damai di sisi allah buat selamanya. Kita bakal menyusul pula di suatu hari yang telah dijanjikan oleh allah, tanpa sedetik tercepat atau sesaat terlambat dari yang telah sediada tersurat.

*******************************************

Salam aidiladha buat seluruh sahabat samada yang mengenali aku secara “real-time” mahupun yang sekadar mengadili aku dari huruf-huruf yang bercantum menjadi ayat-ayat di dada paparan maya ini.

*******************************************

Selamat berumur setahun buat blog aku ni. Seawal kemunculan blog ni, aku coretkan rasa tidak puas hati aku. Waktu tu, aku sedang berkecil hati. Sedang dalam rasa berjauh hati. Senang cite, aku merajuk! Ahakss… betapa hati yang kononnya ingin ‘dikeraskan’ menjadi lembek jua… ih.. ih.. gitulah…

*******************************************

Aku sedang bersendirian sewaktu menikmati segelas teh tarik bersama 2 set roti bakar yang disapu majerin berserta kaya, di suatu sudut yang agak terpencil. Takde apa-apa yang menarik perhatian aku waktu tu, cuma sekadar aku membuang pandangan ke arah tingkap besar yang menghala ke jalan utama. Leka memerhati kenderaan yang bergerak bertali arus. Sambil fikiran aku kosong, tidak memikirkan apa-apa… hehehe…

Tiba-tiba perhatian aku teralih pada suatu sudut… ermm… aku pernah bersama dia di sudut itu. Berbalas pandangan, berkongsi cerita, bergurau mesra dan bertukar pendapat. Dan segelas teh tarik serta 2 set roti di saat itu, terasa amat lambat untuk dihabiskan…! Dan aku seperti biasa, akan suka mengusiknya dengan jenaka aku yang aku rasakan ntahapaapantah! Hahahahaha…

Poffss!! Ingatan aku pada saat itu terpadam seketika. Aku teguk teh tarik yang masih panas. Nikmatnya… ermm… manis, semanis senyumannya. Lemak, selemak suaranya. Ih.. ih.. apesal aku bandingkan dia dengan teh tarik pulak nih? Ahakss…

Tak pasal-pasal, aku sebut nama dia dengan perlahan… dan aku senyum… ih.. ih.. bagai dia ada duduk di sebelah aku waktu tu, juga tersenyum nakal. Rindukah aku pada dia saat ini? Hmm… sebak seyy… erghh…! Cepat-cepat aku habiskan teh tarik yang masih berbaki ni… nanti lagi lama aku dibuai kenangan.

Bila aku melangkah keluar dari sudut terpencil tu, sempat jugak aku bisik sorang-sorang, “miss u, sweet girl… please, jaga diri baik-baik ye, walau dimana jua dirimu saat ini”

*******************************************

“hiduplah dalam jangka masa yang terhad ini…” – tertarik aku pada kata-kata ini. Betapa ayat ini membuatkan aku berfikir panjang. Mengapa harus disedihkan pada sesuatu yang telah berlalu, dan mengapa pula harus dibimbangkan pada sesuatu yang belum dilalui? Lakukanlah yang paling terbaik untuk hari ini kerana hidup ini terlalu pendek masanya.

Sudah “yang terbaik”kah yang telah aku berikan pada semua selama ini? – Ayat seterusnya yang perlu aku fikir-fikirkan selepas ini… mungkin aku perlukan pula segelas “pepsi kuning” yang aku dan frenos panggil "air berlagak" dan sekotak “sempurnakan harimu” di suatu sudut di sebuah rumah nun di puncak jalil sana! Ahakss… (ada yang tahu tempat ni…)

*******************************************

merepek ke aku kali nih? … hahahahahaha …

*aku yang sekali lagi berdepan dengan penyakit kesengalan ilham untuk mengarang! (sabau je le…)
7 Responses
  1. Anonymous Says:

    hmmm nak cakap apa pun tak tau kat kawan teman yg sorang nih..nak ketawa bersama, jomlah ke perak, nak nangis bersama pun jom ke rumah teman, teman nak gi mendaki bukit jalil tu, nampaknya mcm takder kesempatan..bz sesangat nih..
    pesanku padamu: "Jangan dicari hujung tali yg tersimpul mati, jgn dilarik pada batu yg pejal, tapi carilah teman-teman yg bisa membuatmu tenang!"
    p/s: lagu ni buat saya teringat pada si dia yg jauh nun di seberang sana..hmmm ;-)


  2. singlet Says:

    puncak Jalil... dekat ngn equine park 2 ker?..


  3. zaffey Says:

    nak dara rindu:
    awak, rindu gak nak berkongsi rasa dan mengadu gundah pada awak. tapi, paling rindu nak ngusik awak tu! hehehe... eh, bila saya buleh jumpa "yang bertakhta dihati" awak tu? teringin gak nak kenal orangnya... :)

    singlet:
    allopss dude! hahahaha... dekat2 le tuh... :D meh le join sama... ko tu pemalu sangat ler nak jumpa aku! hahahaha...


  4. Anonymous Says:

    zaff, insyaallah bulan Mei ni dia nak datang sini, kalau ada kesempatan teman usunglah si dia tu ke bukit jalil kenalkan dia dengan kawan2 kat bukit tu, hehehe bak kata pepatah: 'Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni', tak gitu? ;)


  5. singlet Says:

    hehehe.. bkn malu tapi segan ler... bini aku keje kat equine park tue hah.. aku selalu gak lepak saner.. selalu makan megi goreng kat al-azwat.. tahu kat ner?


  6. Anonymous Says:

    yo! zaff. dgr kata injured masa maen futsal aritu? yakah?


  7. zaffey Says:

    singlet:
    malu = segan
    segan = malu
    macam samerrr je kan? ahakss

    ray:
    erkss! dude, org lain tu kot.. aku ok je.. hehehe.. ;)