yer... aku berenti dah...

Entah kenapa, tiba-tiba aku berenti ngasap. Tak taulah kalau semangat aku ni berakhir dalam masa yang singkat. Tak taulah kalau-kalau esok atau lusa aku tiba-tiba capai jugak jejari tembakau untuk dihisap-hembuskan asapnya. Aku sendiri pun pelik, dari mana datangnya kekuatan untuk melawan keinginan itu. Aku tahu, ramai insan yang akan berasa gembira lagi senang hati bila tau keputusan aku ni. Dan tak ketinggalan juga, tentu ada kengkawan aku yang bakal kekurangan seorang lagi teman untuk sama-sama berasap… contohnyer >> blue! Hahahahaha! Sorry dude… Dan jugak si comel isrockstar! Hahahahaha!

Bukan sorang-dua yang dah bebelkan aku untuk berenti ngasap ni. Kalau dikumpul-kumpul, mau hampir-hampir menyamai jumlah batang jejari tembakau aku selama err… err… ahaksss.. gasaklah berapa ramai pun! :P

Suatu masa dulu, dia pernah risaukan aku teramat sangat bila aku masih tak berenti ngasap. Kerisauannya makin bertambah bila aku masih berdegil mengasap biarpun keadaan diri aku dah memang sepatutnya diharamkan untuk ngasap! Yer… aku memang dilahirkan sebagai seorang yang amat degil! Adehhh… sian dia. Hmm.. tapi, bukanlah aku tak amik kisah langsung ngan nasihat dia, yang paling kuat aku boleh buat pun, ialah untuk mengurangkan jumlah jejari tembakau tu. Dari sekotak 20 hingga beransur-ansur ke 14.. dan menten kat situ! Pastu, aku tukar tabiat ngasap hanya bila dengan kawan-kawan je. Bila sorang-sorang, selalunya aku akan capai sketchbook dan lukis, lukis, lukis, dan lukis! Hahahahaha… pastu mengerohhh! Zzzz! Hahahahaha…!

Sesuatu yang sungguh membahagiakan bagi aku, bila ada seseorang yang amat bermakna dalam hidup kita, risaukan keadaan kita. Rasanya, doktor yang terhebat pun belum tentu lagi mampu menyamai kuasa pujukan (atau mungkin ugutan? ahaksss) orang yang kita sayang. Masih aku ingat lagi bagaimana suaranya bila memujuk aku untuk berenti ngasap. Masih aku ingat lagi ayat-ayatnya. Dan segalanya masih terakam dalam fikiran aku ni.

Hehehe… dan dia pernah merajuk dengan aku… kerana kedegilan aku untuk terus mengasap biarpun badan aku macam dah tak mampu nak jadi ‘filter’ asap tembakau nih. Gelabah le jugak bila kekasih hati merajuk bagai. Siap takmo cakap, takmo balas msg/ym, takmo gegelak macam biasa. Bukan aku sengaja untuk ‘menderhakai’ MoU kitorang tu, tapi, badan aku jadi macam ala-ala sengal bila tak diasapi olehnya. Ih.. ih.. dasat tul kuasa ketagihan nih ekk!

Pernah juga aku agak lama berenti ngasap, pastu tetiba sambung balik. Sebabnya, aku ngasap kerana nak melawan nafsu aku yang tetiba hadir bila bersamanya. Aku ngasap kerana ingin melarikan perhatian aku darinya. Ishh… sure korang takleh nak percaya, kan? Tapi, itulah yang terjadi… hisapan tembakau aku malam itu adalah untuk mengurangkan gelora nafsu yang tiba-tiba hadir. Dan waktu tersebut, aku rasa, ngasapan itu merupakan sesuatu yang membawa kebaikan! Berjaya jugak aku mengalihkan perhatian daripada terus menurut nafsu. Tapi kan, malam tu, dia memang ‘sesuatu’ di mata aku… hmmm…


Aku masih ingat ngasapan aku yang pertama. Rasanya masa tu aku baru di alam sekolah rendah. Aku ingat lagi, masa tu aku ngasap bawah katil arwah nenek! Hahahahaha… cemana aku dapat jejari tembakau tu? Ahaksss… ada pakcik aku tertinggal kotak tembakaunya kat rumah aku masa dia berkunjung melawat. Aku ingat lagi, capnya dunhill… kotak merah! Hahahaha… sedutan pertama membuatkan mata berpinau, dan sedutan kedua, membangkitkan aroma tembakau yang bagi aku masa tu teramatlah sedapnyer! Hahahaha… dan aku tak hisap sehabisnya sebab nak sambung lagi kemudian. Sebabnya, aku dah terdengar-dengar mak aku memanggil di luar bilik! Hahahahaha… dasar anak nakal! Ahaksss :P

Masa tu, di TV masih ada keluar iklan jenama-jenama tembakau ni. Bila keluar je iklan dunhill, aku akan senyum sorang-sorang penuh misteri. Hehehe… dan otak aku masa tu asyik berperang kerana mempersoalkan apa perkaitannya antara tembakau itu sendiri dengan model-model perempuan dan lelaki yang berpakaian gaun serta sut, kemudian duduk-duduk kat kereta mewah yang lebih kurang Ferrari. Hehehehe… kesian aku masa tuh! Ala-ala keliru nak kaitkan rokok – perempuan – lelaki – baju lawa – kereta mewah?

Tapi, sekarang ni, kalau iklan tembakau, tentunya yang berkaitan dengan >> gambar otak dibelah dua, pastu ada keluar darah merah pekat yang telah beku! Hahahahaha… pastu, gambar X-Ray paru-paru yang ala-ala hitam legam… pastu, TAKNAK! Hahahahahaha… adehhh… pegang dada jap! Hahahahaha! Mateylarrr aku! Sure paru-paru bersawang bagai nokss!! Hahahahahaha…

Pada kawan-kawan yang telah selama ini ‘berjuang’ menasihati aku agar menghentikan tabiat ngasap ni, berjuta terima kasih aku ucapkan. Rasanya tuhan telah mendengar doa kalian. Selama ni, bukan aku sengaja memekakkan telinga mendengar bebelan kalian, bahkan aku dengar segala-mala bebelan itu dengan sabar lagi sepenuh perhatian! Ahaksss… dan bukanlah aku tak hargainya… malah teramat-amat aku hargainya weihh! Meh, nak peluk cium sket korang! Huarghhhh!! (macam beruang pulak aku nih ekk)

Pada dia, kekasih hati yang dahulunya tak pernah putus-putus memujuk aku meninggalkan perangai bakar-hisap-hembus tembakau ni, aku amatlah terharu atas keprihatinan dirimu. Aku tahu, kau menyayangi diri aku… biarpun aku terkadang terkeliru akan dalamnya sayangmu. Aku tahu, kau risau teramat bila aku jatuh sakit kerananya. Aku tahu, kesedihanmu di kala aku merana menghadapinya. Maafkan aku sayang, kerana kau terpaksa menunggu hingga selama ini untuk melihat aku berhenti menyiksa diri sendiri. Ketahuilah, kalau dulu, aku ingin cepat menamatkan riwayatku semata-mata kerana tak mampu berdepan dengan kenyataan kehilanganmu, tapi kini, biarpun kau bukan lagi milikku, aku ingin terus hidup untuk melihatmu melalui zaman bahagiamu. Izinkan aku terus menyimpan kenangan kita.

Pada diri aku, ingin aku ingatkan selalu, rasa sedih, amarah, atau apa saja, tidak dapat dihilangkan dengan hanya sebuah hisapan dan hembusan tembakau. Cukuplah dengan kesakitan yang ditanggung. Bila dah merana gitu, bukan ada sesapa yang mampu membantu menguranginya. Mengapa mesti disakiti lagi jiwa raga yang telah sedia sakit? Mengapa mesti disiksa lagi diri yang telah sememangnya terbeban?

Dan aku akan akhiri sendiri keterlanjuran perbuatan aku ini… sementara aku masih berpeluang.

*buat iklan untuk TAKNAK Merokok, boleh tak? Hahahahahah…

9 Responses
  1. Anonymous Says:

    ...tapi kan, malam tu, dia memang 'sesuatu' dimata aku.. hmmm...

    terasa diri kerdil bila menatap coretan nie... muga dirimu kini bahagia slalu hendaknya. maafkan aku yg hadir hanya sekadar untuk berada seketika mengetuk pintu hatimu...

    mak kem salam zaff, bila ttiba mak brtanya tentangmu...

    jaga diri zaff...


  2. zaffey Says:

    sayangmak:
    tak perlu ada rasa kerdil... kerana aku lebih hina daripada 'kerdil' yang kau sangkakan itu. bahagia milik aku? usah dibayangkan sesuatu yang sebenarnya tak pernah aku miliki. tiada salahnya kau mengetuk pintu hati aku, cuma aku yang bersalah.. kerana menjadi diri aku, yang sebenarnya tak pernah layak berdiri di sebelah mu.

    untuk ibumu yang tersayang, aku doakan dia tenang melalui segalanya. mungkin salamku tidak seharga mana, dan tidak jua sesuci mana utk disampaikan.. terpulanglah untuk diletakkan di sudut mana yang sesuai.

    usahlah risaukan aku... aku betah keseorangan begini, mengharuk ranjau, meniti onak. sakit ke aku, tak menjadi soalnya skrg ni. terurus ke aku, jua tak menjadi hal.

    hilangnya aku, tak meluak pesona alam... dan adanya aku, tak menambah seri dunia...


  3. Anonymous Says:

    alhamdulillah dude...bagussss....aku pon skang ni tgh mencuba utk katakan TAKNAK pd rokok...buktinye semalam aku tak smoke pon..heheh..sebab?aku saja tinggalkan rokok n lighter kat umah kapal..aku pon nak belajar utk tidak mendampingi rokok lagi di kala keseorangan ataupon ketika dgn kawan2..aku akan cuba...n terus mencuba..


  4. zaffey Says:

    blue:
    perghhh!! mulakan daripada langkah yang pertama dan kecil, dude! xpe biarpun hasilnya lambat... yg penting, kene sabar..

    meh.. meh..! ke arah mesia yang lebih segar! hahahahaha :P


  5. Anonymous Says:

    tahniah kawan2 ku. wpun aku bukan perokok tegar, sesekali jumpa korg musti nak mengasap gak. mcm syiok gitu reramai. hehe. kali terakhir aku jumpa korg tu, betapa payahnya aku menahan nafsu.. adeh.

    teruskan usaha zaff & blue gak. aku sokong banget. :B


  6. Anonymous Says:

    aku ade terbace... korang jgn plak terasa hehehe... aku terbace bahawasanya makanan para jin kafir adalah asap dan tulang temulang...
    alahaiii.. kengkawan kita ni dilahirkan sbg org bukan jin batpe le kita nak jadi suku sakat mrk... aku tepikir jugak, kalao aku ni jenis suka sgt makan ayam yg part2 tulang2 tu, sdapnye gonyeh...layanzzz, adekah aku pun sipi2 kwn jin...huhuhuh mak konpius :D

    akak polis SYABAS BHETTE KERANA BERJAYA BENTI ISAP ROKOK, utk yg tgh mencuba GAMBATEEEEE (terus berusaha)!! moga2 org tak brape sehat mcm aku ni makin cepat sehat kerana tak perlu lagi sedut 2ndary asap nihhh :D


  7. zaffey Says:

    ulat:
    heheheh... sian ko masa tu ekk. xpe.. pasni aku tak goda ko lagi. aku akan bersama-sama ko menahan nafsu asapan. hehehe ;)

    sekut:
    aku pun pernah dgr ceramah yg kata gitu. terima je la kalau dah memang betul.. hehehe :D

    mekasih kawan-kawan sumer yg sama-sama menyokong aku...! ;) muahhhss!! kat korang!


  8. Ray Says:

    betullah uL. ray pun takleh handle klu jumpa blue & zaff..tp yg time 2nd jumpe tu, dah tak hisap dah. mkn gula2 sajor..tp adalah mintak sesedut dua..tp lps nih, yg pasti..mesti cik blue & cik zaff dah tak risau psl ray nak pau rokok dorg sbb dorg pun dah benti..

    teruskan usaha2 bro!


  9. sky Says:

    sob..sob...aku sudah hilang teman berasap..

    anyway, tahniah..

    saya?? saya bila nak berhenti??..
    ermm...iyer2 dalam perancangan..kita tgk la macam mana..

    ngeh..ngeh...