rasa ini...


salam ramadhan untuk semua sahabat jauh dan dekat... serta untuk kekasih hati yang sentiasa dirindui. moga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan.

**********************************************************

dia sedang memangku seorang bayi suatu hari tu, dan aku renung dirinya dengan perasaan yang bercampur baur. dia nampak ayu begitu. dia nampak tenang dalam perasaan keibuannya yang mendalam. aku senang melihat dia dalam wajah yang begitu. betapa hati aku tersentuh melihat dia mengucup lembut pipi mulus bayi itu. mungkin dalam hatinya, sedang berkembang suatu rasa ingin memiliki cahaya mata sendiri. ya, dia memang sesuai menjadi ibu yang penyayang.

aku tahu, suatu hari, dia bakal melahirkan seorang bayi yang comel juga seperti dirinya. aku tahu, waktu itu akan tiba, insyaallah. dan aku rendahkan pandangan aku selepas itu, bila suatu perasaan mula menerpa... perasaan yang aku takkan memiliki dirinya selama-lamanya. perasaan yang menyatakan, aku tak mungkin dapat hidup bersamanya dalam sebuah ikatan kasih yang sedang dilaluinya kini.

aku hanya hadir seketika dalam hatinya. bagai pengembara memikul sebeban rasa, mencari tempat berlindung dari panas dan hujan. sampai suatu masa, bila disuruh pergi, maka pergilah mengatur langkah kembaraan. dan langkah hanya akan terhenti bila kudrat sudah tidak ada lagi. dan sebagai pengembara, aku hanya ada catatan sejarah kembaraan yang sering menjadi teman setia...

**********************************************************

ada pertemuan yang amat aku nantikan di bulan ramadhan ini. pertemuan yang bakal mencoretkan suatu catatan bermakna dalam diari seorang pengembara seperti aku. sememangnya telah lama aku nantikan. hanya tuhan yang tahu, sebesar mana harapan aku pada pertemuan ini. moga doaku dimakbulkan...

**********************************************************

letih
bukan kerana puasa ini
tapi kerana rasa ini

perit
bukan kerana cuaca ini
tapi kerana rasa ini

sakit
bukan kerana penyakit ini
tapi kerana rasa ini

wahai rasa ini,
izinkan aku terus menjadi aku
aku ingin memberikan yang terbaik
aku ingin mati sebagai pengembara yang berbakti

wahai kekasih,
izinkan aku menamakanmu sebagai kekasihku
izinkan aku menyimpan senyum terindahmu...
0 Responses