sayu...
ada mende yang menarik perhatian aku semalam bila aku tertonton siaran berita jam 8. tapi, sebenarnya siaran tu dah pun nak sampai ke penghujungnya. leka buat mende lain.. hehe. ada majlis sahur pak lah ngan anak-anak yatim kat Kepala Batas. pastu dinyatakanlah jugak yang air kegemaran pak lah ialah air nira nipah. dan kemudiannya aksi anak-anak yatim tu dikejutkan untuk bangun sahur oleh pak lah sendiri. dan akhirnya disiarkanlah pulak aksi mereka bersahur beramai-ramai dengan pelbagai juadah...

bukanlah air nira nipah yang jadi perhatian aku. tapi, wajah anak-anak yatim tu yang jadi tangkapan mata aku... ada sesuatu pada wajah mereka... dan buat airmata aku berlinang, bertakung, dan akhirnya tumpah... ih.. ih.. sayu pulak...

ada kenangan yang menggigit hati aku saat itu. biarpun siaran itu hanya beberapa saat, tapi dah cukup untuk aku memutarkan kembali kenangan aku 20 tahun yang lalu.
aku baringkan diri di susunan kusyen kerusi rotan ini... dan aku biarkan siaran tv terus berputar...

senario 1:
"hari ni, lauk tak banyak. kuih banyak tak laku ni. hujan lebat, orang tak banyak keluar. takpe kan, kita makan lauk 'cincai' je ni."

- dan kami adik-beradik hanya tersenyum pada ibu. nasi disuap, lauk dijamah... selebihnya ada kuih yang perlu dihabiskan.


senario 2:
"apasal baju ko nih ada bau kuih? ko tak puasa ekk? hahahahahaha"
"aku masak kuih dulu ar sebelum datang sekolah. ko ketawa apasal?"
"tak puasa, cakaplah tak puasa... selekeh!"

- dan perbualan itu berakhir dengan satu 'hadiah' istimewa daripada aku untuk si mulut lancang! hahahaha.. dan aku pun dapat gak hadiah istimewa lepas tu, daripada penolong kanan pulak! hahahaha.. hampehh!


senario 3:
"malam ni nak gi terawih ke mak? mak larat ke nih?"
"ehh.. pegi le. sayang tau kita tinggalkan terawih ni, bukannya selalu. setahun sekali je. kalau panjang umo, tahun depan dapatlah rasa lagi. kalau pendek umo, kempunanlah..."
"hmm... yelah. kuih ni kita bawak sket ekk mak gi masjid nanti. rasa macam dah nak dekat waktu berbuka ni. manader orang lagi ni..."
"haa.. bungkus siap-siap."

- dan tiba di rumah, selepas berbuka, ibu terlena di kerusi. kononnya nak rehat sebentar, tapi lenanya ibu hingga melepasi azan isyak. tak sanggup nak bangunkan ibu, sebab aku tahu, ibu letih teramat! sudahnya, terawih sendiri kat rumah...


aku terjaga, dikejutkan oleh suara pelakon drama omputeh ni. ih.. ih.. sempat lagi aku bermimpi ye. dan terasa ada sisa airmata di hujung pipi. zaff.. zaff.. nangis lagi ke? ih.. ih..

terus-terang aku katakan, biarpun lebih 20 tahun sudah berlalu, tapi aku masih rindukan saat berbuka puasa bersama seorang lelaki bernama "ayah"... aku rindukan kenangan itu... dan saat anak-anak yatim tadi disuapi dan dilayan oleh "ayah-ayah sementara" itu, membuatkan aku meletakkan diri ini di tempat mereka... arghhh...

ayah, maafkan anakmu yang nakal ini. alfatihah untukmu, ayah...
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    pengalaman lalu mengajar kite menjadi diri kite sekarang..mengajar kite agar lebih menghargai budi dan perasaan seseorang..agak tersentuh dgn entry yg ni..

    *been there, done that*


  2. Anonymous Says:

    zaff..
    alfatihah buat ayah zaff... ceria slalu k....


  3. Anonymous Says:

    termenung panjang aku baca entry kali ni.mmm...aku juga merindui arwah ayah :(