hati...

kerana seseorang yang kita sayangi, kita bisa berkorban sedayanya walauapa jua. berkorban masa, harta, perasaan dan adakalanya hingga ke tahap nyawa! atas dasar apa pengorbanan itu sebenarnya? cinta? penghormatan? kepercayaan? balasan? tuntutan? tanggungjawab? kadang-kadang, tiada sebab... boleh ke begitu?

apa yang diberi, bakal dibalas. untuk sebuah pengorbanan, akan adakah sebuah balasan yang dituntut? atau sekurang-kurangnya impian bakal terpenuhi? mengharap sesuatu bisa diberikan sebagai ganti sebuah pengorbanan? boleh ke begitu?

kalau untuk upacara korban seekor lembu, misalannya, lembu itu tentunya dipilih daripada jenis yang terbaik, yang tiada cacatnya, yang telah terpelihara dengan elok dan terhindar daripada sebarang penyakit. untuk sebuah pengorbanan yang datangnya daripada sekeping hati yang merah, tentulah dipohon agar ianya suci, ikhlas, redha, dan yang perlunya juga... bebas daripada niat mengharapkan balasan... betulkah begitu?

tapi, kalau difikir-fikirkan lagi, mustahil juga manusia ini hidup tanpa mengharapkan "sesuatu" diberi kembali. kerana manusia sudah terbiasa dengan adat sesuatu kerja perlu ada upah. sesuatu yang diberi, perlu dipulangkan atau diganti-balik. sesuatu yang dikerjakan, perlu ada ganjaran. sejauh mana harapan mengharapkan balasan itu, hanya dapat ditentukan oleh hati yang merah. di sini, biarlah kita andaikan hati itu cuma sewarna sahaja, iaitu merah. usah diandaikan hati yang gelap dan hati yang putih lagi. lalu, akhirnya persoalan masih timbul, sesuatu pengorbanan itu, bolehkah betul-betul diiktikadkan dalam hati bahawa ianya sebenar-benar pengorbanan? bolehkah?

akhirnya, bila aku menung-menungkan kembali, benarlah kata-kata yang diungkapkan ini...
"akan baiklah seluruhnya bilamana seketul daging itu turut baik, dan seketul daging itu adalah hati."

jawapan pada ikhlasnya sebuah pengorbanan hanya dipunyai oleh seketul daging merah yang merahnya tiada ternoda, yang merahnya tiada tercela. dan kerana itu juga, ia tersimpan jauh dalam diri batang tubuh itu tanpa dapat dilihat, dinilai atau dipersoalkan oleh orang lain yang bukan pemiliknya. berbahagialah pada yang memiliki hati semerah itu...

********************************************************

pada adik yang aku kasihi, cepatlah sembuh ya. aku rindukan dirimu di sini. rindu ingin mengusikmu seperti selalu. rindu ingin dicubit manja oleh jari halusmu. rindu ingin dijeling seperti ibu yang memarahi anaknya yang nakal. dan bosannya aku bila tidak mendengar suaramu menghilai tawa...

jaga dirimu baik-baik ya. rajin-rajin makan ubat, dan rehatlah secukupnya. insyaallah aku nantikan dirimu di sini seperti selalu... ;-)


terima kasih, kerana sudi melayan rinduku hari ini dan maafkan aku yang mengganggu lenamu sebentar tadi... tidurlah semula, adik ku... opps! jangan lupa, senyum dulu... :)
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    awak, lupakanlah dia yg dulu, yg tak tahu menghargai kasihsayang awak....


  2. Anonymous Says:

    terima kasih...adikmu dh kembali menemani kakaknya yg nakal lagi degil ni...mg adikmu sembuh spt biasa.Tq