lepaskan airmata itu...

Nyalakan sebatang lilin, dalam sebuah bilik yang sepi, lepaskan rasa yang terbuku… jangan ada yang memerhati kerana itu syaratnya untuk menangis tanpa perlu berfikir! Waktu ini, hanya kedengaran suara hati berlawanan dengan suara akal. Saling bertingkah demi menegakkan prinsip masing-masing. Hatikah yang bakal memenanginya? Ataukah akal bisa menewaskan hati dengan hujahnya? Siapa yang menjadi si penentu pemenang antara dua itu? Bisa ditabalkankah pemenangnya saat itu juga?

Jika dibawa pandangan mata pada gelap bilik yang tak tersimbah cahaya, pasti gambaran itu terlalu jauh perginya. Menerobos hingga entah ke mana destinasi terakhirnya. Akan adakah jawapan atau ayat pemujuk dalam renungan pada sebuah kegelapan?

Jika dibawa pandangan mata pada kilauan cahaya si lilin yang semakin mencair demi berusaha untuk menerangi kesuraman, pasti gambaran itu seakan memacu ke arah suatu tujuan pasti. Bahangnya bisa memberi semangat di saat-saat kelesuan mencari kekuatan. Akan adakah jawapan atau ayat pemujuk dalam renungan pada sebuah kecerahan?

Jawapan yang dicari bergantung pada pilihan yang diyakini. Perlukah ditepuk dada untuk bertanya selera?

Tapi, adakalanya jawapan tidak diharap-harapkan lagi. Kerana segalanya telah terjawab. Maka dibiarkan saja keadaan itu berlalu… kembali melepas rasa yang terbuku… rasa terbuku hasil daripada sebuah jawapan yang telah merubah berbagai perkara. Perkara yang dahulunya tak ingin diubah. Tapi, itulah hakikat pada sebuah takdir… di saat ini, ayat pemujuk adalah, redhailah segalanya…

Menangislah hingga tiada airmata lagi yang ingin dicurahkan… kerana selepas itu, jangan lagi menangis atas sebab yang sama…

*sering saja menangis sendirian...
0 Responses