aku... mula meroyan.. hehe
dunia nih adakalanya terlalu besar dirasakan. adakalanya jugak, terlalu kecil dan sempit. lagi jauh kita mengembara atas dunia nih, lagi ramai insan atau manusia yang bakal kita temui dan kenali. biar berbagai rupa, biar berbagai kelakuan, tapi, tentunya kita akan tetap mengingati pada yang sorang tu saja. ataupun mungkin, ada beberapa susuk tubuh yang sentiasa menjadi ingatan abadi dalam hidup kita.

ada yang kata,
"cinta hanya sekali hadirnya dalam hidup..."
"sayang takkan sama tumpahnya pada setiap insan..."
"rindu bukan mudah mencari penawarnya..."

pada satu tahap, bila kita memiliki segala-galanya dalam sesuatu perhubungan, sememangnya hidup amat nikmat sekali dilalui. cinta yang tulus, sayang yang ikhlas, rindu yang berbunga, diberikan pada seseorang yang amat bermakna dalam hidup kita. tapi, bila saat kita kehilangan segala-galanya atau sebahagian daripadanya, sememangnya hidup terasa hambar, sepi, suram.

pada satu tahap yang lain pula, bila kita tahu kita telah tidak punya harapan lagi untuk memiliki apa-apa cinta, hanya satu semangat yang bisa mengembalikan seri dunia ini... iaitu untuk belajar untuk redha pada segalanya. mungkin sukar sekali untuk memiliki cinta dari hati seorang manusia, tapi tidaklah terlalu perit untuk menagih cinta Ilahi, yang pastinya tiada sesiapa dapat mempertikaikan akan kesuciannya.

aku mungkin kelihatan kecewa pada zahirnya. aku juga mungkin kelihatan sudah berputus harap pada realitinya. dan aku mungkin kelihatan sudah menemui jalan penghujung pada sebuah destinasi cinta. tapi, percayalah, sebenarnya hidup aku baru bermula... ingin belajar bertatih kembali... ingin belajar bercakap kembali... ingin belajar menghargai sesuatu yang bernilai.

aku masih aku, si perindu si pencinta si pengasih... dan si tembam yang giginya rongak sebatang! ahakss.. hahahahahaha!

~ padamu kekasih, aku tak pernah buang sayang yang ada nih... menyayangimu lebih dari yang kau tahu...
0 Responses