kiranya kau tahu...

terdampar rasa hati...
bila tersedar rasa itu mula menguasai diri
apa sebenarnya yang aku inginkan?
terlalu dahagakah aku dengan harapan...
terlalu egoiskah aku dengan perasaan...
sedarkan aku sepantasnya
kerana aku tak bisa lagi bertahan

dalam gurauan nakal...
dalam sendu bicara..
seolah menggambarkan rasa yang terpendam
dalam persis di awangan
dengan rasa ingin tahu
membawa aku sedalamnya dengan emosi
lemahnya aku....

dalam keadaan apakah aku ini..?
aku tak pernah bisa menjauhkan segala rasa
aku tak pernah cuba untuk meleraikan sengketa
sengketa yang mula beraja di hati aku
mungkin akan memusnahkan segala rasa cinta...
menghancurkan segala rasa percaya...
maafkan aku...
aku tak mampu menghalangnya
walau seribu daya aku curahkan buatnya..

terhenti ukiran pena
buat aku berfikir di mana sebenarnya kemahuan hati aku
nyata segalanya dalam kehancuran
kiranya aku masih di sini..
terus-terusan mengikut rasa hati ini...
aku tak akan merelakannya
tak akan sekali-kali memusnahkannya
kerana hati ini bisa menakluki jiwa...
kerana aku masih percaya ada ruang bagiku...
bertakhta terus sebagai kuasanya

mungkin ada yang bertanya...
siapa aku ini?!
dengan mudah meluahkan segala rasa
dengan rela merungkaikan segala kata
biarlah diri ini menjadi tanda tanya
satu ketika aku sendiri akan pergi
dengan rela...
kerana aku cuma hadir untuk sementara...
0 Responses